Pages

Tuesday 15 June 2010

 Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh


HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI,

Coba kita renungkan,
Semalam _ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini _ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok _ Hari yang belum pasti.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS

Nafas Naik.
Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang kita hisap
adalah pemberian Allah secara percuma dan
carilah keridhaan-Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua karena mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN

Hidup dalam keridhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah celakanya neraka itu sangat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila
hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelezatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT,
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SHOLAT
Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak sholat,
umpama seorang yang mau menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan sholat,
umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan perangko,
apabila ditanya bagaimana surat itu akan bisa sampai pada penerimanya, lalu dia pun berkata perangkonya akan di antar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam masalah ini
Dia mungkin didenda atau, suratnya masuk ke tong sampah.

Oleh karena itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita
Berzikir mengingati-Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang,lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita ridho dan Alloh meridhoi.

Semoga kita semua senantiasa berbahagia di dunia juga di akhirat kelak serta
di dalam rahmat Allah s.w.t........Amin Ya rabbal Alamin

Wassalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh






~Other milis~

0 Comments:

Post a Comment